• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
MedikGo
Advertisement
  • Home
  • Berita Semasa
  • Pemakanan Sihat
  • Kekeluargaan
  • Badan Sihat
  • Kesihatan Mental
  • Kecantikan
No Result
View All Result
  • Home
  • Berita Semasa
  • Pemakanan Sihat
  • Kekeluargaan
  • Badan Sihat
  • Kesihatan Mental
  • Kecantikan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

THE ORCHID JOURNEY: Misi Mencari Makna Keseimbangan Hidup Wanita Masa Kini

December 5, 2025
in Berita Semasa
0
7
SHARES
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam, 4 Disember 2025 — The Orchid Journey, terbitan Skyhill Clinic merupakan sebuah siri travelog inspirasi yang mempertemukan tiga tkoh wanita berpengaruh Malaysia — Dr. Linda Mat Hassin, doktor perubatan yang terlatih dalam bidang perawatan hormon dan wanita; Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Guru Kerohanian dan Personaliti Dakwah; serta Datuk Dr. Faridah Hanim Haron, Guru Kepimpinan dan Pembangunan Organisasi. Menelurusi bumi Tokyo dan Bandung, siri ini membawa penonton mengikuti perjalanan penuh makna tiga figura ini dalam misi mencari keseimbangan hidup wanita masa kini — keseimbangan antara tuntutan dunia moden dan keperluan jiwa yang mendambakan ketenangan serta makna.

the orchid journey
Dr. Linda Mat Hassin menyampaikan ucapan sebagai CEO Skyhill Clinic

Siri ini bukan sekadar sebuah dokumentasi pelancongan, tetapi satu pencarian ilmu, kekuatan dalaman dan nilai spiritual dalam dunia moden yang serba pantas dan mencabar. Dalam setiap episod, penonton akan dihidangkan dengan perbincangan dan refleksi mendalam tentang kepimpinan wanita, tekanan hidup, keseimbangan hormon, kesihatan mental dan emosi, serta peranan Muslimah dalam kerjaya dan keluarga. Setiap episod berdurasi 20 hingga 25 minit ini bukan sekadar menghiburkan, malah mengajak penonton merenung kembali nilai diri, kesihatan dan hubungan dengan Tuhan. Siri ini turut menampilkan visual sinematografi berkualiti tinggi yang memukau serta dialog yang jujur dan menyentuh jiwa — menjadikan The Orchid Journey sebagai sebuah karya yang berbeza dan sarat nilai. “Wanita hari ini hidup di antara dua dunia — satu dunia yang menuntut produktiviti dan prestasi, dan satu lagi dunia jiwa dalaman yang mendambakan ketenangan dan makna. The Orchid Journey adalah jambatan antara keduanya,”, ujar Dr. Linda Mat Hassin, penerbit eksekutif dan penggerak utama siri ini.

Liza Hanim menyanyikan lagu pembukaan OST The Orchid Journey: Mekar Dalam Jiwa

The Orchid Journey turut dibawakan dengan sokongan penuh daripada para penaja rasmi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penerbitan siri ini. Skyhill Clinic selaku Penaja Utama menjadi nadi utama projek ini, disertai oleh Siti Khadijah sebagai Rakan Rasmi Busana Muslimah, AMPAC sebagai Rakan Latihan Rasmi, MedikGO sebagai Rakan Portal Kesihatan Rasmi, Linheal sebagai Rakan Suplemen Halal, Casalwa sebagai Rakan Butik Rasmi, serta Brainy Bunch sebagai Rakan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kesemua rakan penaja ini bergabung tenaga bagi memperkukuhkan nilai, mesej dan misi The Orchid Journey dalam usaha memperkasakan wanita dari aspek kesihatan, spiritual, dan kepimpinan.

Datuk Dr. Faridah Hanim Haron dan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa menerima buku Disebalik Tabir Jiwa The Orchid Journey

Dalam sidang media hari ini, turut diumumkan bahawa Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa dilantik secara rasmi sebagai Ikon Syariah Skyhill Clinic, manakala Datuk Dr. Faridah Hanim Haron dilantik sebagai Penasihat Korporat Skyhill Clinic, sebagai simbol kolaborasi ilmu, nilai, dan profesionalisme dalam memperkukuh misi Skyhill Clinic untuk memperkasakan wanita dari aspek kesihatan, kerohanian, dan kepimpinan.

Tentang The Orchid Journey

The Orchid Journey ialah sebuah siri travelog inspirasi terbitan Skyhill Clinic yang menampilkan 10 episod pengembaraan di Tokyo dan 10 episod di Bandung. Siri ini akan mula ditayangkan secara rasmi pada 5 Januari 2026 di saluran YouTube Skyhill Clinic.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pemasaran Skyhill Clinic

E-mel: skyhillclinic.marketing@gmail.com
Telefon: +6010 890 4415
Laman Sesawang: www.skyhillclinic.com

Previous Post

What is High Protein Breakfast

Next Post

Fat Fasting: Apa Sebenarnya dan Kenapa Ia Makin Popular?

Next Post
Fat Fasting: Apa Sebenarnya dan Kenapa Ia Makin Popular?

Fat Fasting: Apa Sebenarnya dan Kenapa Ia Makin Popular?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay Connected test

  • 23.9k Followers
  • 99 Subscribers

Langgan Newletter

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Tips Diet Selepas Pembedahan Apendiks: Pantang Larang Makanan

Tips Diet Selepas Pembedahan Apendiks: Pantang Larang Makanan

July 23, 2025
Sakit & Luka di Tepi Bibir? Mungkin Anda Alami Angular Cheilitis

Sakit & Luka di Tepi Bibir? Mungkin Anda Alami Angular Cheilitis

May 27, 2025
Gegata: Kulit Naik Gatal-Gatal? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Gegata: Kulit Naik Gatal-Gatal? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

June 9, 2025
Pijak Tanah, Badan Sihat : Grounding Boleh Redakan Stress & Tingkatkan Tenaga

Pijak Tanah, Badan Sihat : Grounding Boleh Redakan Stress & Tingkatkan Tenaga

May 20, 2025
punca kulit kering

Punca Kulit Kering Kepada Wanita dan Cara Mengatasinya

3
Pemakanan Sihat untuk Ibu Mengandung

Pemakanan Sihat untuk Ibu Mengandung

2
sakit tekak

Sakit Tekak Berpanjangan: Punca, Gejala, dan Rawatan Terbaik

2
Tanda Badan Sihat atau Tidak? Semak 11 Petanda Ini

Tanda Badan Sihat atau Tidak? Semak 11 Petanda Ini

2
Puasa Tapi Berat Badan Naik: Di Mana Silapnya?

Puasa Tapi Berat Badan Naik: Di Mana Silapnya?

March 4, 2026
Skip Sahur? Ini Yang Terjadi Pada Metabolisme Badan Anda!

Skip Sahur? Ini Yang Terjadi Pada Metabolisme Badan Anda!

March 3, 2026
Perlukah Kita Ambil Multivitamin Setiap Hari? Ini Jawapannya

Perlukah Kita Ambil Multivitamin Setiap Hari? Ini Jawapannya

March 3, 2026
Rutin Skincare: Moisturizer, Toner, Serum & Essence – Apa Bezanya?

Rutin Skincare: Moisturizer, Toner, Serum & Essence – Apa Bezanya?

March 2, 2026

Recent News

Portal Kesihatan No.1

© 2024 MedikGO - Portal Kesihatan No.1

Layari MedikGO : Informasi Kesihatan Terkini

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result

© 2024 MedikGO - Portal Kesihatan No.1