MedikGO adalah sebuah syarikat media digital yang memfokuskan pada berita kesihatan terkini serta panduan gaya hidup sihat.

Dilancarkan sebagai platform kesihatan digital, MedikGO ditubuhkan untuk memberi akses kepada informasi kesihatan yang relevan, menyeluruh, dan dipercayai. Platform ini diilhamkan daripada keperluan kepada sumber tempatan yang dapat memberikan maklumat kesihatan yang menyeluruh dan inspirasi, sekaligus menjadikan MedikGO sebagai pilihan utama bagi mereka yang mahu kekal sihat serta terinformasi tentang isu kesihatan dan kesejahteraan diri.

Sejak ditubuhkan, MedikGO telah berkembang menjadi platform yang dipercayai oleh ramai pembaca, dengan jumlah kunjungan yang tinggi. Selain menawarkan berita harian di laman utama, MedikGO turut memperkenalkan video kesihatan yang memaparkan pakar perubatan dan individu berpengaruh dalam industri kesihatan untuk memberi panduan praktikal serta membina komuniti yang menyokong antara satu sama lain.

Menarik minat pelbagai lapisan pembaca di seluruh Malaysia, MedikGO menjana ribuan pengunjung bulanan yang ingin memperbaiki kesejahteraan mereka. Dengan fokus kepada budaya kesihatan dan kesejahteraan hidup, MedikGO kini menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini dunia kesihatan.

Pengisian editorial di MedikGO turut diperkukuh dengan penghasilan video yang memberi informasi berkesan menerusi gaya tersendiri MedikGO, membawa dimensi baru kepada cara kita memahami kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan harian.